JENAYAH & MAHKAMAH

LELAKI WARGA EMAS MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 13 RUMAH PANGSA

17/04/2024 10:37 PM

IPOH, 17 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 Rumah Pangsa Kinta Height dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai seorang pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa tersebut dan polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas anggota badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya berhubung dengan pengawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444 515,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan