JENAYAH & MAHKAMAH

PEMILIK AKAUN X HINA ANGGOTA TLDM YANG TERKORBAN, PENGAMAL MEDIA BUAT LAPORAN POLIS

24/04/2024 08:42 PM

IPOH, 24 April (Bernama) -- Seorang pengamal media arus perdana meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Wat Kamal Abas, 51, berkata tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.

“Pengguna media sosial atas nama Saifuddin Shafik telah memberi komen dengan perkataan ‘Baru raptai dah mampos. Tak sempat nak perang', di akaun X, semalam.

“Perkataan biadap seperti itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira 94 kilometer (km) dari sini, semalam.

Wat Kamal berkata perkara itu juga tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu menimbulkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat.

“Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksima terhadap pelaku sebagai satu pengajaran,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan