AM

SPRM CAWANGAN GUA MUSANG DIBUKA SEJAK AWAL TAHUN, MUDAHKAN AKSES KEPADA ORANG RAMAI

25/04/2024 11:55 AM

GUA MUSANG, 25 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka pejabat cawangan baharu di daerah Gua Musang sejak 2 Jan lepas dalam usaha memperluaskan akses orang ramai kepada perkhidmatannya.

SPRM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pembukaan cawangan di Aras 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang itu bertujuan memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan pihaknya.

“Majlis perasmian cawangan SPRM Gua Musang disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Datuk Sri Azam Baki hari ini.

“Pejabat berkeluasan 69 meter persegi ini dilengkapi dengan bilik ketua cawangan dan bilik merakam kenyataan, selain ruang kerja bagi menempatkan lima petugas SPRM,” menurut kenyataan itu.

SPRM mengalu-alukan orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa untuk hadir sendiri ke pejabat berkenaan atau menghubunginya dengan menelefon 09-9127623.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan