AM

EXPERIAN MALAYSIA PERKASA PEKERJA DENGAN PEMAHAMAN GENAI

08/05/2024 10:21 AM

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Experian Malaysia, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, melancarkan Minggu Teknologi GenAI , program intensif selama tiga hari yang direka bagi memperkasakan pekerja untuk memanfaatkan keupayaan transformatif Generatif Kecerdasan Buatan (GenAI).

Minggu Teknologi GenAI Experian Malaysia menawarkan pengalaman menyeluruh AI melalui sesi  interaktif dan bengkeL serta membekalkan kakitangan bukan teknikal dengan pemahaman yang jelas mengenai aplikasi GenAI dan memperkasakan mereka untuk mengintegrasikan teknologi berkuasa ini dengan lancar ke dalam aliran kerja harian.

Ketua Negara dan Pengarah Sumber Manusia Experian Malaysia, Chua Chai Ping berkata pihaknya turut memperkasakan tenaga kerjanya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi GenAI melalui laman sumber yang didedikasikan dan forum komuniti, yang menggalakkan perkongsian pengetahuan dan kerjasama, membolehkan kakitangan berfikir secara inovatif bersama-sama.

“Di Experian, kami percaya setiap orang layak mendapat peluang untuk menguasai kuasa AI. Itulah sebabnya kami melengkapkan tenaga kerja, tanpa mengira latar belakang teknikal dengan kemahiran asas GenAI.

"Setakat ini  kami telah melatih 94 peratus pekerja global kami tentang GenAI dan cara menggunakan dengan sebaiknya dan selamat di Experian,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chua berkata Experian menggerakkan kreativiti dan penerokaan dengan Hackathon GenAI Global dan Serantau, Kem Koding dan Siri Perbualan Teknologi GenAI, memberikan peluang kepada pekerja untuk mengembangkan aplikasi terkini.

Katanya pihak syarikat telah mengenal pasti lebih 500 kes penggunaan untuk mengguna pakai teknologi di seluruh operasi global.

Menurutnya, aplikasi ini merangkumi daripada penciptaan kandungan dan ringkasan hinggalah pembangunan 'chatbot' bagi meningkatkan produktiviti pengekod dan jurutera serta memperkemas pengambilan dan penstrukturan data.

Mengiktiraf bahawa pembelajaran adalah proses berterusan, katanya Experian menggalakkan persekitaran kerjasama melalui Akademi GenAI, berperanan sebagai pusat sumber yang menawarkan pelbagai pembelajaran yang disesuaikan untuk setiap pekerja.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan