AM

PROGRAM JUALAN RAHMAH N.SEMBILAN CATAT NILAI JUALAN RM4.5 JUTA SETAKAT APRIL

08/05/2024 11:51 AM

SEREMBAN, 8 Mei (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini diberitahu bahawa Program Jualan Rahmah di negeri itu merekodkan nilai jualan RM4.5 juta bagi tempoh Jan hingga 7 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S.Veerapan berkata ia membabitkan 121 model pelaksanaan dalam premis, sembilan (terbuka/premium) dan 26 (bergerak) di seluruh 36 kawasan DUN.

Beliau berkata lebih RM1.6 telah dibelanjakan untuk subsidi Jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada lebih 130,000 masyarakat di negeri ini.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri dengan kerjasama rakan strategik terbuka menerima sebarang pandangan cadangan mempelbagaikan item jualan bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat setempat di setiap lokasi pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Suhaimizan Bizar (BN-Gemencheh) yang ingin tahu mengenai program jualan Rahmah di Negeri Sembilan.

Veerapan berkata tahun lepas hampir RM2 juta dibelanjakan untuk subsidi jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada lebih 600,000 penduduk dengan jumlah jualan mencecah RM10.8 juta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan