AM

KPM SEDIA PERTIMBANG CADANGAN KELUAR KEPUTUSAN SPM LEBIH AWAL

10/05/2024 02:09 PM

TAIPING, 10 Mei (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan lebih awal dari tarikh sedia ada, iaitu 27 Mei ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata perkara itu akan dibawa ke perbincangan bagi diperhalusi oleh pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Seperti yang saya kata, kerajaan ini merupakan kerajaan yang sudi mendengar. Apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan tersebut. 

“Beri kami sedikit masa sebelum satu keputusan atau kenyataan media berkaitan dengan isu ini dapat dibuat nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu agar keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan