AM

Jbpm Sarawak Akan Kukuhkan Semula Pasukan Bomba Sukarela 

29/05/2024 02:08 PM

KUCHING, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan memperkukuhkan semula Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri itu tahun ini.

Pemangku Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata mengikut rekod, 58 PBS telah ditubuhkan di seluruh Sarawak sebelum ini namun hanya 38 yang masih aktif.

Beliau berkata di Sarawak, PBS mempunyai peranan besar dalam membantu pasukan bomba terutama  di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai balai bomba.

“PBS tidak aktif bukan bermakna mereka tidak bantu kami langsung cuma dari segi pendaftaran telah terbatal oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana pelbagai faktor termasuk pengerusi bertukar dan ahli berpindah.

“PBS perlu adakan mesyuarat untuk menubuhkan jawatankuasa untuk berdaftar dengan ROS. Kita nak salur bantuan geran RM3,000 setahun pun sukar apabila PBS tidak aktif kerana jika tidak aktif, akaun bank juga akan tidak aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan dan kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Hari Gawai 2024 di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan