AM

DENGGI: JKNPP PERIKSA RUMAH WARGA ASING

29/05/2024 06:15 PM

BUKIT MERTAJAM, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok di sini berikutan peningkatan kes denggi di sekitar kawasan berkenaan.

Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor JKNPP Mohd Wazir Khalid berkata lokaliti itu antara kawasan 'hotspot' dengan tempoh paling lama iaitu 63 hari dan merekodkan 27 kes demam denggi membabitkan warga tempatan.

"Kami menjalankan operasi di kawasan itu berdasarkan lokaliti "hotspot" dan lokaliti wabak tidak terkawal dan sebanyak enam kes dilaporkan. Kami telah turun ke lokasi yang sama memberi penerangan kepada penduduk terutama warga asing yang menyewa di situ.

"Namun, pemeriksaan hari ini mendapati rumah disewa warga asing masih kotor dan terdapat jentik-jentik," katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Gempur Aedes, di Machang Bubok dan Juru hari ini.

Mohd Wazir berkata pemeriksaan di Juru juga mendapati kediaman mereka kotor dan kawasan persekitaran tidak dijaga serta terdapat pembiakan jentik-jentik di dalam kasut getah, penutup tong cat, atas tikar getah terbiar serta luar premis dan pihaknya mengeluarkan tujuh notis kompaun bernilai RM3,500.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan