AM

PROGRAM ADVOKASI DAN BANTUAN KAMPUNG ORANG ASLI MCMC MENANG ANUGERAH DI GENEVA

31/05/2024 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Program Advokasi dan Bantuan untuk Kampung Orang Asli Negeri Sembilan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dinobatkan sebagai juara pada World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2024 di Geneva, Switzerland.

 MCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata projek itu memenangi kategori ‘Membina Keyakinan dan Keselamatan dalam Penggunaan ICT’ (Komunikasi dan Teknologi Maklumat).

"Anugerah itu mengiktiraf inisiatif kejayaan MCMC untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dengan mempromosikan amalan lestari melalui ICT.

"Projek ini telah meningkatkan keyakinan komuniti ini dengan ketara dalam penggunaan ICT yang selamat dan membolehkan akses kepada sumber dan peluang," menurut kenyataan itu.

 Kenyataan itu menambah bahawa projek ini juga mendapat sokongan padu orang ramai dan merupakan antara yang paling banyak diundi dalam kategorinya mencerminkan pengiktirafan meluas dan penghargaan terhadap usaha kemampanan SKMM.

MCMC menambah bahawa pengiktirafan itu bukan sahaja menyerlahkan usaha mereka, tetapi juga menggalakkan mereka untuk terus memacu inisiatif ICT yang memberi kesan kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

 

WSIS Prizes 2024 yang diadakan dari 27 Mei hingga hari ini adalah untuk memberi penghormatan kepada projek cemerlang dari seluruh dunia yang memanfaatkan kuasa teknologi maklumat dan komunikasi untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pembangunan mampan.

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan