AM

EMPAT KEMENTERIAN BINCANG STRATEGI, PELAN PELAKSANAAN RANGKAIAN KEDUA 5G - FAHMI

01/06/2024 11:33 PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Perbincangan menyeluruh antara empat kementerian utama dilaksanakan bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G (Dual Network), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perbincangan berlangsung petang tadi melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Katanya perbincangan tertumpu kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.

“Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Selain Fahmi, perbincangan itu disertai Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan