AM

ANWAR BERI SUMBANGAN KEPADA AKTIVIS REFORMASI BOB KELANA JAYA

08/06/2024 06:09 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Azman Hassan atau dikenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya, seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Perdana Menteri berkata sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi baru-baru ini untuk membantu urusan harian dan perubatan Bob.

“Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatan beliau terutamanya untuk menampung kos rawatan dialisis dan ubat.

“Sebagai sebahagian dari kerangka Ziarah MADANI, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telah pun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Bob dikurniakan kesembuhan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan