AM

FAHMI UCAP TAKZIAH KEPADA CEO BERNAMA ATAS PEMERGIAN ABANG, WARTAWAN HIBURAN HUZZ

08/06/2024 07:52 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan seluruh keluarga atas pemergian abangnya wartawan hiburan Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Huzz, 58, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook berkata beliau turut berdukacita dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

"Allahyarham cukup terkenal pada era 80-an dan 90-an. Penulisannya sentiasa dinantikan peminat industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, Nur-ul Afida ketika dihubungi mengesahkan pemergian Huzz di kediaman abangnya di Bertam, Pulau Pinang, kira-kira 6.10 petang tadi akibat kanser usus.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan