AM

OPS ADHA: TNB PERKUKUH BEKALAN ELEKTRIK DI PANTAI TIMUR MENJELANG AIDILADHA

13/06/2024 06:40 PM

KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkukuh lagi bekalan elektrik khususnya di Pantai Timur sempena sambutan Aidiladha pada 17 Jun menerusi Ops Adha.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Mahathir Nor Ismail berkata antara langkah diambil termasuk memperkemas sistem voltan rendah (MSVR), meningkatkan kapasiti alatubah (ITC) serta mewujudkan pencawang baharu.

Beliau berkata sebanyak 323 inisiatif dikenal pasti untuk dilaksana merangkumi kerja menaik taraf ITC, membina pencawang baharu dan projek pengukuhan MSVR. 

“Dari segi pembinaan pencawang elektrik sebanyak 114 lokasi dikenal pasti untuk mewujudkan pencawang dan daripada jumlah itu sebanyak 30 tapak diberikan kemasukan awal selain baki 84 tapak masih menghadapi isu tanah.

"Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pemilik tanah dan pihak berkuasa bagi menyelesaikannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengikut rekod TNB sebelum ini, gangguan voltan rendah melibatkan pelanggan domestik di Kelantan pada musim perayaan Aidilfitri lepas menurun sebanyak 67 peratus, biarpun permintaan tertinggi meningkat sebanyak 27MW kepada 570MW dalam tempoh berkenaan.

“Pengguna diminta menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, ternampak kejanggalan atau mempunyai keraguan berkaitan pepasangan TNB,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan