DUNIA

EMPAT MAUT DIREMPUH KONVOI PENGEBUMIAN JENAZAH NAIB PRESIDEN MALAWI

17/06/2024 05:42 PM

LILONGWE, 17 Jun (Bernama-Xinhua) -- Seramai empat orang termasuk seorang wanita hamil terbunuh ketika menyertai perarakan pengebumian bekas naib presiden Malawi, Saulos Chilima di daerah Ntcheu, pada Ahad.

Insiden berlaku apabila satu daripada kenderaan konvoi pengebumian Chilima merempuh mereka yang hadir, mengakibatkan empat orang terbunuh manakala 12 lagi cedera, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Naib Presiden itu terkorban dalam nahas pesawat minggu lalu.

Jenazah Chilima tiba di kampung halamannya di Nsipe, Ntcheu pada petang Ahad sebelum disemadikan pada Isnin.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan