AM

YANG DIPERTUA DEWAN NEGARA BAHARU ADALAH ORANG SARAWAK - PREMIER ABANG JOHARI

24/06/2024 09:20 PM

KUCHING, 24 Jun (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu…tentu sekali anak Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban di sini, hari ini.

Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong, berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.

Mutang, 70 tahun, merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan