AM

PELAKON KAMAL BAKAR MENINGGAL DUNIA

25/06/2024 07:57 AM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini.

Pemergian pelakon itu pada usia 62 tahun kira-kira 1 pagi dikongsi anak lelaki Allahyarham, Hanis Kamal menerusi laman Facebooknya.

"Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi. 

"Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah al-Fatihah buat Ayah saya ya," katanya dalam perkongsian tersebut. 

Hanis berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka pada 11.30 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka selepas zuhur.

Sabtu lepas, Hanis memaklumkan bapanya nazak setelah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan