DUNIA

PEMIMPIN KOREA UTARA LAWAT RUSIA "APABILA SEMUA SYARAT DIPENUHI" - MOSCOW

25/06/2024 12:37 PM

TEHRAN, 25 Jun (Bernama-Sputnik) -- Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi" dan asas untuk menandatangani dokumen telah disempurnakan, kata Timbalan Menteri Luar Rusia Andrey Rudenko kepada Sputnik.

Pada 19 Jun, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata beliau menjangkakan Kim Jong Un akan membuat lawatan balas ke Moscow.

"Saya fikir sebaik sahaja semua syarat yang diperlukan untuk lawatan ini dipenuhi dan asas tertentu untuk dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani pada tahap ini telah disempurnakan, lawatan ini akan berlangsung," kata Rudenko.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan