EKONOMI

KERJASAMA EKONOMI AS-MALAYSIA CETUS BANYAK PENCAPAIAN - DUTA BESAR

25/06/2024 06:16 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berjaya mencetuskan banyak pencapaian yang dikongsi bersama sejak 50 tahun lepas, kata Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan.

Malah, beliau berkata perkara itu turut disentuh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berucap pada majlis makan tengah hari Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan AS-Malaysia (AMCHAM) ke-47 di sini, hari ini, yang mengetengahkan peranan pelaburan AS sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

“Pelaburan AS tidak hanya menyokong pendapatan Malaysia, tetapi komitmen mereka dalam melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja Malaysia, membangunkan program tanggungjawab sosial korporat yang memberangsangkan dan menekankan hubungan bersama AS-Malaysia serta nilai-nilai berkaitan.

“Kami juga teruja untuk meraikan pelbagai peluang yang terbentang di masa depan,” katanya menerusi catatan di aplikasi X (dahulu dikenali sebagai Twitter) hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan