AM

HARI TERBUKA SKDS 2.0 DIPERLUAS KE NEGERI LAIN

27/06/2024 10:58 PM

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Susulan sambutan menggalakkan berhubung permohonan subsidi diesel menerusi Hari Terbuka Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS) di Selangor baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluas inisiatif sama ke lokasi lain di Semenanjung Malaysia, bermula hari ini.

KPDN dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan Hari Terbuka SKDS 2.0 ini, merupakan peluang kepada syarikat pengangkutan barangan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SKDS 2.0 dan proses permohonan surat kelulusan serta fleet card.

Tarikh dan lokasi khusus Hari Terbuka SKDS 2.0 adalah seperti berikut : 

1. Kuala Lumpur - Tingkat 16, 24-27, Sunway Putra Place - 27 Jun

2. Melaka - Aras 6, Wisma Persekutuan MITC, Ayer Keroh - 27 dan 28 Jun

3. Terengganu - Lot 3657, Jalan Sultan Sulaiman - 27 dan 28 Jun

4. Perlis - Lot 20066, Tanjung Gorah Mukim Sena, Kangar - 27 dan 28 Jun

5. Kelantan - Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak dan AEON MALL Kota Bharu, Lembah Sireh - 27 dan 29 Jun

6. Johor - Aras 17, Menara Ansar, Jalan Trus - 27 dan 30 Jun

7. Negeri Sembilan - Bangunan Akhma, Seremban 2 - 28 Jun

8. Kedah - Lotus Kulim, Jalan Lembah Impiana 9 - 28 Jun

9. Pahang - Dewan Majlis Pembandaran Bentong - 28 Jun

10. Perak - Mydin Meru, Perak -  29 Jun

11. Pulau - Pinang Dewan MPKK Lima Kongsi, Nibong Tebal - 30 Jun

 

Justeru KPDN menyeru semua syarikat yang layak untuk mengambil bahagian dan memanfaatkan peluang tersebut dengan kadar segera.

Pendaftaran secara atas talian terus dibuka kepada syarikat pengangkutan barangan yang layak untuk terus membuat pendaftaran https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Syarikat yang layak juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Hari Terbuka SKDS 2.0 melalui laman sosial media KPDN negeri masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan