BERITA TERGEMPAR   PM Anwar ulangi pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Gaza | 
 DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DIJANGKA DINIAGAKAN TINGGI MINGGU DEPAN

29/06/2024 10:03 AM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan disokong oleh data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang lemah. 

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata susulan data PCE AS yang lemah itu, niaga hadapan emas dijangka kekal kukuh, diniagakan dalam jajaran US$2,320 hingga US$2,350.

“Data PCE yang lemah meningkatkan ketidakpastian tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan permintaan terhadap aset selamat seperti emas, yang seterusnya menyokong harga niaga hadapan emas,” katanya kepada Bernama. 

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2024 turun kepada US$2,327.60 setiap auns troy daripada US$2,367.30 setiap auns troy dan Julai 2024 susut kepada US$2,335.70 setiap auns troy daripada US$2,374.10 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semunya ditutup rendah kepada US$2,351.70 setiap auns troy daripada US$2,390.10 setiap auns troy pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 84 lot daripada 64 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 36 kontrak daripada 40 kontrak pada minggu sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 27 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,323.60 setiap auns troy.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan