JENAYAH & MAHKAMAH

PASANGAN KEKASIH WARGA ASING DITAHAN MILIKI HAMPIR 800 GRAM KETAMIN

01/07/2024 05:33 PM

NILAI, 1 Julai (Bernama) -- Polis menahan sepasang kekasih warga asing dipercayai memiliki dadah jenis ketamin seberat 794.65 gram bernilai RM83,930 menerusi serbuan Op Tapis pada 26 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Starz Valley, dekat sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan satu peket plastik disyaki ketamin dan polis turut menyita sebuah kereta, wang tunai 40,000 yuan serta dua jam tangan berjenama Rolex bernilai RM190,000 menjadikan jumlah rampasan RM433,930.

Kedua-duanya yang positif terhadap ketamin kini direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan