AM

Fadillah Akan Jumpa Kkdw Selesai Isu Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, Sabah

06/07/2024 08:24 PM

KUCHING, 6 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata pertemuan itu adalah untuk mencari penyelesaian kepada isu berkaitan air seperti dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2 yang dikeluarkan pada 5 Julai lepas.

“Saya akan meneliti laporan audit itu dan kerana ia melibatkan Sabah dan Sarawak yang berada di bawah tanggungjawab saya, saya akan bawa perkara ini ke peringkat kementerian yang terlibat.

“Kita akan mengenal pasti masalahnya dan mencari jalan bagaimana kita boleh selesaikannya. Yang menjadi keutamaan saya ialah untuk kita pastikan projek yang tergendala dapat disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen Kelas B2 di sini hari ini.

Menurut laporan itu, gangguan bekalan di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di kedua-dua negeri masih tidak dapat menikmati air bersih dan terawat.

Laporan itu menyebut secara keseluruhannya, projek BALB Sarawak dan Sabah tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan