DUNIA

Ndrc Peruntuk Rmb200 Juta Tangani Bencana

08/07/2024 12:18 PM

BEIJING, 8 Julai (Bernama-CMG) -- Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC) memperuntukkan dana sebanyak RMB200 juta (RM129.57 juta) untuk menyokong kerja pemulihan kecemasan di sekolah, hospital, kemudahan pencegahan bah dan tali air di kawasan yang dilanda banjir di wilayah Hunan dan Jiangxi pada 6 Julai.

Dana itu antara lain juga akan digunakan untuk memulihkan kehidupan normal di kawasan terjejas bencana dengan secepat mungkin.

Setakat 9 pagi Isnin, daik yang rosak sepanjang 138.5 meter di Tasik Dongting, wilayah Hunan sudah dibaiki, manakala bakinya 87.5 meter dijangka akan diselesaikan menjelang tengah hari Selasa.

--BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan