DUNIA

Pengangkutan Awam Di Mumbai Terganggu Akibat Hujan Lebat

08/07/2024 06:53 PM

NEW DELHI, 8 Julai (Bernama) -- Hujan lebat menyebabkan gangguan kepada penerbangan, perkhidmatan pengangkutan jalan raya dan kereta api di seluruh bandar Mumbai, India.

Berpuluh-puluh penerbangan di Lapangan Terbang Mumbai, hab pengangkutan yang sibuk dibatalkan pada Isnin selepas hujan lebat melanda bandar di barat India itu.

"Berikutan cuaca buruk dan ramalan hujan lebat hingga sangat lebat, Lapangan Terbang Mumbai menasihatkan semua penumpang untuk menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing dan bertolak ke lapangan terbang lebih awal," kata pihak lapangan terbang.

Lebih 50 penerbangan dibatalkan menjelang tengah hari akibat hujan lebat itu, lapor media tempatan.

IndiGo, syarikat penerbangan terbesar di negara itu, berkata penerbangannya terjejas akibat hujan lebat dan kesesakan trafik udara di Mumbai.

Video di media sosial menunjukkan orang ramai meranduk banjir paras pinggang dan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Badan sivik Brihanmumbai Municipal Corporation berkata perkhidmatan kereta api pinggir bandar itu tergendala dan ia menyediakan makanan ringan serta air kepada penumpang yang terkandas di pelbagai stesen kereta api.

Mumbai mencatatkan lebih 300 mm hujan dalam tempoh enam jam sehingga 7 pagi Isnin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan