JAKARTA, 9 Julai (Bernama) -- Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi pada Selasa berkata jumlah mangsa yang hilang itu disahkan oleh agensi pengurusan bencana daerah.
Beliau dalam satu kenyataan berkata operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan lebih 200 anggota di Kampung Tulabolo, daerah Suwawa Timur, dihentikan buat sementara pada 6 petang Isnin akibat hujan lebat.
“Pihak berkuasa mengutamakan keselamatan anggota dan komited untuk meneruskan usaha pencarian apabila keadaan bertambah baik,” katanya.
Abdul Muhari berkata operasi itu berdepan cabaran besar, termasuk keadaan tanah yang tidak stabil dan jalan yang tidak dapat dilalui ke kawasan terjejas, yang memerlukan perjalanan selama sembilan jam dengan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial