AM

AGONG BERKENAN TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 12 KETUA PERWAKILAN ASING

09/07/2024 01:03 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini. 

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Ekitela Ronald John Moru dari Republik Kenya, Dr Waleed Khalifa AlManea (Bahrain), Koumba Diop (Republik Guinea) dan Dr Mariyam Shabeena Ahmed (Maldives).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Luis Javier Campuzano Piña (Mexico), Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar (Timor Leste), Jason Keats Matthew Hall (Jamaica) dan Dr Batlang Comma Serema (Republik Botswana). 

Turut menyerahkan watikah pelantikan ialah Prof Fekadu Beyene Aleka (Ethiopia), Désiré Boniface Somé (Burkina Faso), Tomáš Ferko (Slovakia) dan Raman Ramanouski (Belarus). 

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan