POLITIK

PRK NENGGIRI: MAJLIS PIMPINAN KERAJAAN PERPADUAN SETUJU LETAK CALON DARIPADA BN

11/07/2024 04:09 PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan, pada 17 Ogos depan.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan berlangsung pada Selasa yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Pimpinan Tertinggi mewakili BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Pimpinan kedua-dua parti memberikan komitmen dan sokongan penuh untuk membantu calon Barisan Nasional yang mewakili Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan