AM

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS TROPIKA 2024 KALI KEDUA DIADAKAN DI SARAWAK OKTOBER INI

12/07/2024 12:52 AM

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Tropical Science Foundation (TSF) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Tropika 2024 (TropSc 2024) kali kedua di Kuching, Sarawak pada 16 hingga 17 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu TropSc 2024 Prof Emerita Tan Sri Mazlan Othman berkata persidangan itu akan mengetengahkan empat bidang - pertanian tropika, seni bina dan kejuruteraan topika, perubatan tropika dan sumber semula jadi tropika - dengan perbincangan oleh ahli panel antarabangsa dan tempatan.

“Kita juga akan bercakap tentang perubahan iklim dalam TropSc 2024 dan akan berkongsi data tentang sumber kita. Kita juga akan bincang bagaimana untuk melindungi pengetahuan Orang Asli,” katanya selepas muncul sebagai tetamu program Bernama TV,  The Nation, menambah bahawa topik biodiversiti binari juga akan ditangani.

“Beberapa statistik yang saya baca (menunjukkan bahawa) kira-kira 75 peratus biodiversiti di Amerika Latin, misalnya, telah hilang. Jadi, kita perlu mengambil tindakan yang sangat mendesak terhadap isu-isu berkenaan.

“Apa yang kita (TropSc 2024) mahu lakukan ialah mewujudkan persekitaran untuk sains terbuka kerana kita mempunyai tahap risiko dan minat yang sama. Kita akan berkongsi maklumat ini dan kita boleh memutuskan berapa banyak maklumat berlaku di luar kawasan tropika,” katanya.

Mazlan turut menyatakan harapannya agar pesertaTropSc 2024 dapat bersama dalam menangani isu berkenaan tropika.

TropSc 2024 dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Beliau berkata orang ramai yang ingin menyertai persidangan itu boleh mendaftar di http://www.akademisains.gov.my/events/tropsc2024/

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan