AM

JANGAN KACAU SAYA, HORMATI KEPUTUSAN DAN PRIVASI PERKAHWINAN - TENGKU HASSANAL

12/07/2024 02:51 PM

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa baginda akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story baginda @this.7, Tengku Hassanal meminta rakyat menghormati keputusan peribadi serta privasi berkenaan perkahwinan baginda.

“Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya. Bagaimanapun, saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tugas serta tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi. Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih. Takde kahwin...jangan kacau saya,” titah baginda.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan