AM

JENAZAH NUR FARAH KARTINI DIKEBUMI DI PEKAN, PAHANG

17/07/2024 10:35 AM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut oleh ahli keluarganya di hospital di sini hari ini.

Abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, ketika dihubungi media berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul sejak 8 pagi, di sekitar perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes berkenaan.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan