BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 
 POLITIK

TIGA BORANG PENCALONAN PRK NENGGIRI DIBELI SETAKAT INI - SPR

18/07/2024 02:38 PM

KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan tiga borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang telah dibeli setakat ini.

Pengarah SPR Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab berkata satu daripada borang berkenaan dibeli oleh wakil Parti Sedar Rakyat (SEDAR) pagi tadi.

"Setakat hari ini sudah ada tiga borang yang dibeli oleh wakil parti yang akan bertanding pada PRK Nenggiri termasuk parti SEDAR hari ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

SPR menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan