AM

BAS HENTI-HENTI PERCUMA DISEDIAKAN SEPANJANG MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN AHAD INI

18/07/2024 10:37 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan bas henti-henti secara percuma disediakan kepada pengunjung sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, Selangor pada Ahad ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi infografik yang dikongsi di Facebook berkata bas itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park&Ride serta Parkir Rekascape, Cyberjaya dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan