JENAYAH & MAHKAMAH

PERHILITAN TANGKAP SEEKOR LAGI BERUANG MATAHARI DI JELI

19/07/2024 12:40 AM

KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari jantan yang memasuki perangkap di Kampung Sungai Satan, Jeli, hari ini.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata tangkapan itu adalah yang kedua di kawasan berkenaan selepas seekor beruang matahari betina ditangkap pada 12 Julai lepas.

“Beruang ini akan dipindahkan ke kawasan habitat sesuai, selamat dan jauh dari penempatan manusia dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tangkapan berkenaan dapat mengelakkan kerugian berterusan dialami penduduk akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan