AM

DUA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI BATU LAYAR

21/07/2024 03:22 PM

KOTA TINGGI, 21 Julai (Bernama) -- Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Punggai Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Muhammad Syahmie Zamzam, 26, dan Haqim Abdul Rahim Lee, 20 pada 9.38 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

“Jarak antara pesisiran pantai hingga lokasi kedua-dua mangsa dilaporkan hilang ialah kira-kira lima kilometer," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan