EKONOMI

RIZAB ANTARABANGSA BNM BERJUMLAH US$113.3 BILION PADA 15 JULAI

22/07/2024 04:16 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.3 bilion pada 15 Julai, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$101.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM534.95 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.77 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM9.69 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.06 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion), dan aset lain (RM51.21 bilion), katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan