DUNIA

HARRIS TIDAK DAPAT AKSES DANA KEMPEN BIDEN KERANA RISIKO UNDANG-UNDANG

22/07/2024 06:17 PM

MOSCOW, 22 Julai (Bernama-Sputnik) -- Percubaan untuk memindahkan dana yang dikumpulkan oleh kempen Presiden AS Joe Biden kepada calon presiden Demokrat Naib Presiden Kamala Harris, boleh mencetuskan saman, menurut laporan akhbar The Washington Post yang memetik peguam pada Isnin, lapor Sputnik.

Pada Ahad, Biden mengumumkan bahawa beliau akan menarik diri daripada perlumbaan presiden dan menyokong Harris sebagai calon Parti Demokrat untuk jawatan presiden AS.

"Biden tidak boleh memindahkan wangnya kepada Harris kerana ia dikumpulkan di bawah namanya sendiri, dan tiada mekanisme undang-undang untuk ia dikumpulkan bersama dengan Harris sebelum mereka menjadi calon parti mereka," kata seorang peguam kewangan kempen Parti Republikan terkemuka, Charlie Spies, seperti yang dipetik oleh akhbar itu.

Pertama, Biden dan Harris perlu dicalonkan secara rasmi oleh konvensyen Parti Demokrat sebagai calon parti untuk presiden dan naib presiden masing-masing. Kemudian, calon naib presiden dibenarkan menerima wang itu jika calon presiden menarik diri, jelasnya.

Jika tidak, isu itu boleh dibawa ke Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC), yang dianggotai sama rata oleh wakil Republikan dan Demokrat, yang bermaksud ia mungkin akan mencapai jalan buntu dan perkara itu perlu diselesaikan melalui kehakiman, tulis akhbar berkenaan memetik beberapa peguam kewangan kempen.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan