DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP KUKUH SEIRING KENAIKAN PASARAN MINYAK KACANG SOYA

22/07/2024 09:36 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin seiring dengan kenaikan di pasaran minyak kacang soya Chicago dan harga olein sawit kukuh di pasaran Dalian. 

Bagaimanapun, peniaga minyak sawit David Ng berkata kenaikan harga itu dihadkan oleh kebimbangan terhadap pengeluaran tinggi pada minggu-minggu akan datang. 

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,880 dan paras rintangan pada RM4,050,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat RM22 kepada RM4,035 setan metrik, September 2024 naik RM28 kepada RM4,009 setan metrik dan Oktober 2024 menambah RM24 kepada RM3,985..

Kontrak November 2024 meningkat RM21 kepada RM3,970 setan metrik manakala Disember 2024 naik RM19 kepada RM3,968 setan metrik dan Januari 2025 menokok RM20 kepada RM3,976 setan metrik. 

Jumlah dagangan menambah kepada 49,963 lot daripada paras 34,462 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 217,947 kontrak daripada 216,920 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan naik RM20 kepada RM4,070 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan