AM

REMAJA PEREMPUAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN DI STESEN BAS

22/07/2024 11:00 PM

KUANTAN, 22 Julai (Bernama) -- Remaja perempuan Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai, ditemukan selamat di sebuah stesen bas di Triang, Bera hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata gadis itu ditemukan orang awam 2.30 petang tadi dan telah dibawa ke balai polis berdekatan. 

“Remaja itu ditemui dalam keadaan stabil dan kita akan bawa ke hospital untuk pemeriksaan bagi keperluan siasatan. Kita juga akan rakam percakapan remaja itu sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja selepas dilaporkan hilang di Lurah Bilut, Bentong.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan