JENAYAH & MAHKAMAH

TUJUH PENGUAT KUASA PBT DIREMAN DISYAKI LINDUNGI PREMIS PERNIAGAAN HARAM

23/07/2024 01:59 PM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Tujuh penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) direman  antara lima dan tujuh hari kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang beroperasi secara haram.

Majistret Amira Abd Aziz memerintahkan lima daripada penguat kuasa berkenaan direman bagi tempoh lima hari, manakala dua lagi suspek ditreman tujuh hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9.55 pagi dengan dibawa menaiki van SPRM.

Media sebelum ini melaporkan beberapa penguat kuasa PBT berusia lingkungan 20 sehingga 40-an ditahan semalam kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan di sekitar ibu negara yang beroperasi secara haram dan menggajikan warga asing.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan