JENAYAH & MAHKAMAH

51 RUMAH SETINGGAN DIROBOHKAN, ENAM WARGA ASING DITAHAN DALAM OPERASI DI KOTA KINABALU

23/07/2024 11:40 PM

KOTA KINABALU, 23 Julai (Bernama) -- Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan dan enam warga Filipina dipercayai pendatang, ditahan dalam satu operasi di sebuah penempatan di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata operasi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu itu, turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata pendatang yang ditahan berusia antara 25 hingga 50 tahun, dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang, sebagai usaha membanteras jenayah, pendatang, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Kasim turut menasihatkan orang ramai untuk tidak bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan  perbuatan jenayah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan