DUNIA

PESAWAT TERHEMPAS DI LAPANGAN TERBANG KATHMANDU, 22 TERKORBAN

24/07/2024 03:52 PM

KATHMANDU, 24 Julai (Bernama-Xinhua) --  Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey memberitahu Xinhua bahawa seorang mangsa terselamat dan telah dimasukkan ke hospital.

Lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara waktu akibat insiden itu.

Pesawat Saurya Airlines dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Pokhara, dengan 17 daripadanya adalah kru, kata Pandey.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat itu terhempas semasa berlepas di TIA, Kathmandu.

Operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan