DUNIA

BURSA MALAYSIA DITUTUP RENDAH SEIRING PRESTASI PASARAN SERANTAU

24/07/2024 07:07 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan pelabur mengambil keuntungan di tengah-tengah jualan besar-besaran global, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 8.54 mata atau 0.52 peratus kepada 1,621.14 daripada 1,629.68 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 1.63 mata kepada 1,631.31, mencecah tertinggi intra hari, namun mencapai paras rendah 1,619.71 sebelum sesi tengah hari.

Pada keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 773 berbanding 341, dengan 487 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.39 bilion unit bernilai RM2.80 bilion daripada 5.11 bilion unit bernilai RM3.59 bilion pada Selasa.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kebanyakan indeks serantau utama juga berada dalam wilayah negatif berikutan prestasi hambar di Wall Street semalaman, disebabkan penurunan pendapatan gergasi teknologi Amerika Syarikat Tesla dan Alphabet, katanya kepada Bernama.

Rakuten Trade mengekalkan prospek optimistik untuk pasaran tempatan meskipun berlaku peningkatan turun naik dalam ekuiti global. 

"Kami percaya sentimen pelabur di pasaran tempatan akan kekal stabil, memandangkan sokongan kukuh daripada pembelian asing, manakala volum dagangan harian yang tinggi secara konsisten menunjukkan minat berterusan dalam ekuiti Malaysia.

"Oleh itu, kami mengekalkan sasaran mingguan FBM KLCI kami antara 1,610 dan 1,640 untuk baki minggu ini," katanya.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Tenaga Nasional turun 4.0 sen kepada RM14.40,  Public Bank susut 2.0 sen kepada RM4.18, dan IHH Healthcare merosot 6.0 sen kepada RM6.25.

Maybank menokok 2.0 sen kepada RM10.12, sementara itu, CIMB Group tidak berubah pada RM7.20. 

Dalam kalangan saham cergas, SC Estate Builder naik 1.0 sen kepada 2.0 sen, MQ Technology menokok setengah sen kepada 1.5 sen, dan MY E.G. Services meningkat 2.5 sen kepada RM1.01, manakala Ekovest Bhd tidak berubah pada 49 sen, dan OCR Group susut 2.0 sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 76.72 mata kepada 12,547.82, Indeks FBM 100 turun 74.56 mata kepada 12,125.66, Indeks FBM Emas Shariah merosot 97.73 mata kepada 12,876.88, Indeks FBM 70 susut 154.07 mata kepada 18,694.39 dan Indeks FBM ACE turun 55.20 mata kepada 5,856.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot sebanyak 23.84 mata kepada 17,950.30, Indeks Perladangan turun 25.28 mata kepada 7,172.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.14 mata kepada 193.31, manakala Indeks Tenaga merosot 7.23 mata kepada 966.03.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 2.28 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 2.97 bilion unit bernilai RM3.18 bilion pada Selasa. 

Jumlah dagangan waran pulih kepada 1.27 bilion unit bernilai RM161.45 juta daripada 1.17 bilion unit bernilai RM156.79 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 840.80 juta saham bernilai RM221.89 juta daripada 983.16 juta saham bernilai RM258.99 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 334.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (493.46 juta), pembinaan (374.24 juta), teknologi (303.35 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (73.52 juta), hartanah (197.34 juta), perladangan (25.68 juta), REIT (14.25 juta), dana tertutup (50,600), tenaga (148.37 juta), penjagaan kesihatan (66.75 juta), telekomunikasi dan media (38.42 juta), pengangkutan dan logistik (160.65 juta), utiliti (52.70 juta), dan amanah perniagaan (352,400).

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan