AM

TAUFAN GAEMI: MALAYSIA AIRLINES BATAL PENERBANGAN MH366 DAN MH367

24/07/2024 08:51 PM

KUALA LUMPUR,  24 Julai  (Bernama) -- Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH366 dari Kuala Lumpur ke Taipei dan penerbangan  MH367 dari Taipei ke Kuala Lumpur hari ini susulan cuaca buruk yang disebabkan oleh Taufan Gaemi.

 “Penumpang terjejas yang ingin menukar penerbangan atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui 'My Booking' di laman sesawang kami,’’ menurut syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan hari ini.

Secara alternatif, kenyataan itu memaklumkan penumpang boleh ke Sembang Langsung di laman sesawang berkenaan atau menghubungi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines. 

“Keselamatan penumpang dan kru adalah keutamaan Malaysia Airlines,” menurut kenyataan itu. 

Agensi Meteorologi Taiwan telah menggeluarkan amaran laut dan darat bagi Taufan Gaemi, yang dijangka mendarat di Daerah Yilan antara lewat malam Rabu dan awal pagi Khamis.

Agensi itu meminta penduduk yang tinggal di sepanjang sungai supaya sentiasa berwaspada manakala ahli meteorologi meramalkan ribut petir di kebanyakan kawasan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan