AM

Riuh Ooha! Buka Tirai Di Sarawak Esok

25/07/2024 10:18 PM

KUCHING, 25 Julai (Bernama) -- Kurang 24 jam lagi, Kembara RIUH OOHA! yang julung kalinya diadakan di Sarawak bakal membuka tirai.

Tinjauan Bernama di parkir kereta A Stadium Negeri, Petra Jaya di sini, yang juga tapak acara berlangsung, mendapati kerja-kerja pemasangan khemah dan pentas sedang giat dilakukan.

RIUH  OOHA! yang diadakan dengan kerjasama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan berlangsung mulai esok dan berakhir pada Ahad dari 3 petang hingga 11.30 malam.

Menyasarkan 35,000 pengunjung sepanjang acara berlangsung, RIUH OOHA! adalah platform kreatif yang bertujuan mempromosi pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa selain menyediakan bengkel kreatif, pameran serta persembahan.

Tema utama edisi ini ialah Neo-Nusantara yang mengetengahkan elemen Tropika, Futuristik dan sisi kreatif lain Sarawak.

Sebanyak 50 gerai jualan barangan kreatif dan kraf tangan akan dibuka manakala 25 lagi mengkhusus kepada jualan makanan serta minuman.

Semalam, MyCreative Ventures dalam kenyataan memaklumkan RIUH OOHA! turut menampilkan persembahan artis tempatan seperti  Ella, Noh, Insomniacs dan  Midnight Fusic.

Kembara RIUH OOHA! adalah inisiatif Kementerian Komunikasi bagi merancakkan ekonomi kreatif dengan mencipta peluang pekerjaan untuk artis dan usahawan tempatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan