JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Rampas 358 Karton Rokok Tidak Bercukai Bernilai Lebih RM94,000

26/07/2024 05:47 PM

KANGAR, 26 Julai (Bernama) -- Polis merampas 358 karton rokok tidak bercukai pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM94,512 dalam Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di sempadan Malaysia-Thailand di Chuping dekat Padang Besar, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata barangan kontraban itu ditemukan sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak di Ladang Kenaf, Chuping pada 7.15 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat risikan, terdapat tujuh bungkusan plastik hitam diletakkan di dalam sebuah kontena putih terbiar di dalam ladang kenaf itu.

"Hasil pemeriksaan terhadap kesemua bungkusan plastik hitam tersebut menjumpai 358 karton rokok pelbagai jenama tidak bercukai. Kesemua rokok yang dirampas tidak memenuhi standard keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan