JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan guru lelaki disyaki terbabit kes amang seksual murid

27/07/2024 01:19 AM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang guru lelaki yang disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di sekitar daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata tangkapan dibuat ke atas guru pendidikan jasmani berusia lingkungan 30-an itu di Bukit Beruntung, Selangor selepas menerima empat laporan sejak 2.03 pagi hingga 10 pagi semalam berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian pertama membabitkan mangsa yang berusia 12 tahun berlaku sebulan yang lalu.

“Antara lokasi kejadian adalah di sebuah inap desa di kawasan Ulu Yam ketika mangsa mewakili daerah Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata pihaknya membuka empat kertas siasatan terhadap lelaki terbabit mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan direman enam hari sehingga 31 Julai.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan