EKONOMI

Santan AirAsia Perkenal Value Combo Meals Dengan Harga Daripada RM10

31/07/2024 02:32 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Santan AirAsia melancarkan Santan Value Combo yang baharu, menawarkan pelbagai hidangan panas yang menarik bermula daripada serendah RM10.

Ketua Pegawai Eksekutif Santan Catherine Goh berkata tawaran itu menunjukkan komitmennya untuk menyediakan makanan yang enak, kopi yang sedap dan nilai yang baik kepada penumpang AirAsia tanpa menjejaskan kualiti dan rasa makanan.

Santan merupakan cabang katering Capital A Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai AsiaAsia Group Bhd.

“Kami percaya pengalaman menjamu selera di dalam pesawat perlu menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan kami berbangga untuk memperkenalkan pilihan inovatif yang tidak tersedia di mana-mana syarikat penerbangan lain setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sajian makanan ini disediakan untuk penumpang AirAsia dan AirAsia X.

“Santan sentiasa meningkatkan pengalaman menjamu selera di dalam pesawat dengan pilihan menu baharu,” katanya.

Penumpang yang membuat tempahan awal Santan Combo Meals akan mendapat nilai yang lebih baik untuk wang mereka dan akan mendapat keutamaan bagi sajian ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan