DUNIA

Ekonomi Asia Tenggara Dijangka Catat Pertumbuhan Menjanjikan Dalam Satu Dekad

01/08/2024 06:18 PM

SINGAPURA, 1 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Enam ekonomi utama di Asia Tenggara iaitu Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura diunjur berkembang pada kadar purata tahunan 5.1 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut laporan bertajuk "Navigating High Winds: Southeast Asia Outlook 2024-2034."

Laporan berkenaan dikeluarkan bersama DBS Bank, Bain & Company dan Angsana Council pada Khamis, lapor Xinhua.

Enam ekonomi utama serantau itu akan mendapat manfaat daripada lebih 600 juta pengguna di pasaran Asia Tenggara dan hubungan sejarah yang kukuh dengan ekonomi perdagangan utama, menurut laporan itu.

Sementara itu, peningkatan perlindungan dalam pasaran maju dan deindustrilisation secara beransur-ansur akibat perubahan faktor daya saing akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.

Laporan itu menganggarkan bahawa Singapura akan berkembang pada kadar purata tahunan 2.5 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pembuatan termaju, perkhidmatan, pelancongan dan kumpulan bakat bertaraf dunia dijangka menjadi pemacu ekonomi yang kuat.

Bagaimanapun, cabaran demografi, kekangan tenaga kerja, serta kos perniagaan yang lebih tinggi mungkin mengehadkan prospek negara, menurut laporan itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan