EKONOMI

GXBank Lancar Inisiatif 'GX Untuk Semua'

02/08/2024 02:51 PM

PETALING JAYA, 2 Ogos (Bernama) -- GXBank melancarkan ‘GX Untuk Semua’, inisiatif yang bertujuan memberi tumpuan kepada memupuk bakat teknologi tempatan, membangunkan kecekapan teras dan amalan industri terbaik serta penyelesaian inovatif.

Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi terkini seperti penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk pengurusan risiko dan penipuan.

Pada masa yang sama, ia juga akan menggalakkan keusahawanan dan menyediakan peluang penyelesaian berasaskan teknologi untuk diterokai bagi keperluan kewangan digital masa depan.

Bercakap kepada pemberita pada pelancaran ibu pejabat dan Pusat Kecemerlangan GXBank di sini hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata inisiatif GXBank itu dijangka membantu pertumbuhan ekonomi digital negara. 

“Ini (inisiatif) merupakan suatu yang perlu kita pertimbangkan untuk maju. Ini boleh menjadi satu keperluan berdasarkan kadar perdagangan hari ini.

“Kami turut menggalakkan lebih banyak inisiatif yang memudahkan pembayaran digital,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menyokong usaha ini, yang akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem yang meningkatkan operasi digital.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan