DUNIA

Presiden Bangladesh Bubar Parlimen

06/08/2024 11:03 PM

DHAKA, 6 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin pada Selasa membubarkan parlimen, menamatkan era bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina ketika protes berminggu-minggu berhubung kuota pekerjaan sektor awam, memaksanya melarikan diri ke India.

Parlimen itu dibentuk selepas pilihan raya kebangsaan yang kontroversi pada 7 Jan, yang diboikot oleh parti pembangkang utama termasuk Parti Nasionalis Bangladesh dan sekutunya Jamaat-e-Islami.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa presiden dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan ketua angkatan tentera, pemimpin parti politik, wakil masyarakat sivil dan pemimpin gerakan protes yang diketuai pelajar.

Pelajar telah memberikan tarikh akhir 24 jam untuk membubarkan parlimen dan mengumumkan kerajaan sementara.

Kenyataan itu juga menyebut Khaleda Zia, ketua pembangkang utama dan ketua BNP, turut dibebaskan.

Wanita berusia 78 tahun yang dua kali menjadi perdana menteri Bangladesh itu dihukum penjara selama 17 tahun atas kesalahan rasuah pada 2018.

-- BERNAMA-AGENSI ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan